expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, January 21, 2019

PRIYANKA CHOPRA DAN SUAMI JADI MANGSA CABARAN VIRAL #10YEARCHALLENGE

PRIYANKA CHOPRA DAN SUAMI JADI MANGSA CABARAN VIRAL #10YEARCHALLENGE

Seperti yang diketahui umum, trend yang sangat tular di media sosial kini adalah cabaran gambar #10yearchallenge. Artis juga tidak terkecuali menyahut cabaran memuatnaik gambar 10 tahun dulu berbanding yang terkini. 

Namun, akibat daripada penularan cabaran ini, ramai juga yang telah menjadi mangsa para keyboard warrior untuk dijadikan bahan jenaka. Terbaru, artis popular Bollywood yang juga bekas Miss World tahun 2000, Priyanka Chopra dan suaminya Nick Jonas menjadi mangsa bahan jenaka cabaran #10yearchallenge ini. 

Priyanka Chopra sebelum ini telah menjadi tumpuan media seluruh dunia apabila mengahwini artis Hollywood, Nick Jonas yang 10 tahun lebih muda darinya tahun lalu. Mereka kini sedang bahagia menikmati alam perkahwinan di Los Angeles selepas berbulan madu di Caribbean. Jika sebelum ini telah tular gambar-gambar Priyanka yang digandingkan bersama suaminya untuk menunjukkan perbezaan usia mereka, kini gambar #10yearchallenge Priyanka yang ditunjukkan mendukung bayi dan kanak-kanak sebagai jenaka suaminya yang jauh lebih muda telah menjadi viral. 

Ramai juga artis Bollywood yang telah tampil menyatakan rasa kecewa atas bahan jenaka sedemikian rupa yang dianggap keterlaluan dan tidak menghormati perasaan orang lain. Priyanka dalam temu bual sebelum ini juga pernah menyatakan kekecewaannya terhadap pandangan masyarakat yang tidak pernah mempersoalkan apa-apa sekiranya seorang lelaki berkahwin dengan seorang gadis yang berusia 10 tahun lebih muda, tetapi ia menjadi isu yang besar apabila seorang wanita melakukannya. 

Gambar #10yearchallenge Priyanka dan suami yang tular di media sosial

Gambar #10yearchallenge pasangan ini yang kini dijadikan bahan jenaka di media sosial

Antara foto Priyanka dan Nick Jonas yang dijadikan bahan jenaka para netizen di awal perhubungan mereka dahulu

Sabarlah Priyanka, mungkin itulah cabarannya bila dapat tangkap anak ikan, kenalah kebal bila kena bahan ya!😝😜😂

No comments:

Post a Comment